Tuesday, October 26, 2010

DUA PAPER TELAH SELESAI.....

Alhamdullilah, pejam celik dah dua paper selesai dijawab. Semoga semuanya berjalan lancar..Amin ^_^

Sunday, October 24, 2010

RED WARRIORS....

Bangga rasanya menjadi anak negeri che Siti Wan Kembang. Terasa-rasa semangat menyokong kumpulan bola sepak Kelantan melawan pasukan Kedah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain bola seapk Kelantan kerana berjaya mengharumkan nama negeri kita!Selamat meneruskan perjuangan dalam pusingan akhir.Selamat Maju Jaya!

penyegar minda hari ini~~

jom,nikmati kisah-kisah lucu untuk merehatkan minda :)


Bibik dan Telefon
Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Gajah Mati
Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus :
 Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki :
 Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.


Kenaikan Pangkat Paling Cepat
Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”



kisah lucu ini dipetik dari blog  berikut: http//www.gelihati.blogspot.com

saya rajin!saya yakin saya boleh!

Hari ni sehari suntuk saya bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. Oh, sangat penat rasanya belajar disaat-saat terakhir ni ..Namun, panggilan dari orang tua dikampung menambahkan semangat saya untuk terus belajar. Ye,saya akan cuba untuk terus bersemangat dalam mencari ilmu. Demi ibu bapa saya yang saban hari mengharapkan kejayaan saya.Saya harus yakin yang saya boleh melakukannya dan saya yakin saya boleh!Kawan-kawan jangan lupa ye,doakan kejayaan saya ^_^

Saturday, October 23, 2010

Menariknya hari ini....

Hari ini Majlis Diskusi novel bagi pelajar-pelajar Persuratan Melayu tahun 2 berjalan dengan lancar sekali. Nampaknya pihak pengajur bekerja keras dalam menyempurnakan tugas mereka.Majlis ini di tambah lagi keseriannya dengan kehadiran penulis buku 'Episod Cinta Di Tanah Hijrah' iaitu Amaruszati Nor Rahim. Menarik sekali!Rasanya sangat teruja dapat ketemu dengan penulis berbakat besar itu......
Kami juga turut dihidangkan dengan kek coklat yang dibuat sendiri oleh pn Amaruszati Nor Rahim..Beliau sememangnya nenjalankan perniagaan dalam bidang pembuatan kek.Erm, sangat lazat  sekali kek yang dari air tanganya. Terima kasih puan Amaruszati di atas pemberian kek yang cukup lazat itu..^_^ Jika berminat saudara bolehlah melayari blognya di 'adress' tersebut http://www.zatidhaticakes2u.com/2008/04/check-out-my-slide-show.html.

TUAI PADI ANTARA MASAK,
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN,
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK.
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.

Tuesday, October 19, 2010

JOM KE NEGERIKU! SERAMBI MEKAH....




Dekat-dekat cuti sekolah destinasi tempat pelancongan mesti menjadi satu agenda yang penting dalam komunikasi harian. Jom kita menjengok ke tempat-tempat menarik di Kelantan :)


 Pasar borong wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.
Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasarbasah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Saksikanlah situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil berbual mesra sesame sendiri

Pasar Besar Siti Khadijah
Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga . Pasar ini mempunyai  4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.


 JERAM LINANG
Air Terjun Jeram Linang, Machang merupakan air terjun terawal dimajukan di Negeri Kelantan. Terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang, air terjun sentiasa jernih. Pihak kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan di air terjun ini seperti tandas awam, tempat rehat, musalla, restoran dan tempat letak kereta. Pengunjung Air Terjun Jeram Linang ini boleh melakukan aktiviti Jungle Trekking dan mandi-manda di tempat kawasan ini. Kawasan perkhemah turut disediakan.



~~TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN~~




Tok Janggut atau Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di KelantanTanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
    Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu loh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

  • cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
  • cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
  • kelapa sebanyak 3 sen setandan
  • sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran JeramPasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.

Sunday, October 10, 2010

ExAM Oh ExAM.....

Salam...exam oh exam...
tinggal berapa minggu, dah nak exam lagi...
pening kepala dibuatnya..
belajar belum lagi...macam mana nak nak berjaya ni..
kawan -kawan pun mesti tengah "stress" sebab belum mula mengulangkaji bukan..
Janganlah "tension-tension sangat,kat bawah ni saya  bagi tips macam mana hendak belajar "last-last minute" ini..
Semoga tips ini dapat membantu kawan-kawan yang akan menghadapi peperiksaan.Good luck  to yours exam:)

Tips-tips belajar disaat akhir peperiksaan:

Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.


Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.


Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.


Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.


Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.


Harap-harap tips yang dikongsi bermanfaat kepada kawan-kawan.

Tips ni diambil dari " address" dibawah:
http://ms.wikibooks.org/wiki/Tips_belajar_saat_akhir

Saturday, October 9, 2010

mAjLis RAyEr LaGi!!

Pengalaman menyambut raya dengan anak-anak Sarawak dekat UKM hari ini sememangnya tak dapat di lupakan. Of course la! menarik sangat..hari ni saya  dapat makan makanan yang tak pernah dirasai sepanjang 21 tahun saya hidup,laksa Sarawak, memang best!!Thank to PEMASRA UKM kerana menganjurkan majlis raya ni..Terima kasih daun keladi,tahun depan anjur lah  lagi :)

Thursday, September 23, 2010

kisah bermula.....

saat mata terbuka melihat dunia.....
saat itu harapan yang mengiringi sudah tersedia....
saat yang sangat bahagia...
hanya jika aku bersama keluarga.....

mata melihat....
tak sama dengan apa yang tergambar melalui hati....